Monday, February 21, 2011

Peel orang perempuan

Bukan nak cakap pasal orang lain. Contoh terbaik adalah diri sendiri. Manjang tak puas ati dengan apa yang ada.

Rambut
Elok2 dah ikal mayang, tak puas hati. Pergi kedai, buat rebonding. Bila dah selalu sangat rebonding, rambut mula luruh. Akibatnya, kepala dah mula nak botak. Ditambah dengan kelemumur yang berleluasa, makin teruk gugur rambut jadinya. Isk...

Muka
Suka benar cuba produk2 yang baru. Mujur juga la kulit tak berapa nak sensitif. Pakai apa produk sekali pun, semua tak mendatangkan masalah. Alhamdulillah. Tapi tu la, cuba produk yang mahal2. Bila dah jatuh muflis nih, nak beli produk yang dah abis, mula termenung panjang, dok terfikir mana nak gagau cari duit. Haih!!

Dagu
Spisis dagu berlapis, tak tau nak buat macam mana. Orang cakap, buat senaman dengan mengunyah chewing gum. Tapi aku malas nak kunyah. Dah beli alat untuk kurangkan dagu berlapis, tapi tetap malas nak guna. Abeh camno???

Badan
Sangat la susah hati sebab orang sekeliling semua tegur badan semakin berisi. Dulu dah start berdiet. Tapi kejap sangat la pon dietnya. Lepas tu, makan balik sampai tak ingat dunia. Nah, sekarang berat dah bertambah balik. Sibuk dok canang nak pergi gym, tapi tetap tak pergi2 jugak. Masa bila nak kurusnye pun, kan? Hahahaha....

Kaki
Sesiapa yang pernah baca blog aku yang lama2 dulu, mungkin dah memaklumi yang kaki aku punya parut yang tak mungkin akan hilang (akibat accident). Sedih wooh. Tak leh pakai kasut seksi2. Manjang kena cari kasut yang bertutup litup. Nak dapat kasut yang bertutup litup tu pulak, bukannya senang ok! Huhuhu...

Agak2nye la kan, korang pun menghadapi masalah macam aku jugak ke???? Ke aku sorang jek macam nih?? Asyik dok fikir dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Over sangat kan???

Tapi tu la, apa2 hal pun, aku tetap bersyukur dengan ciptaan-Nya yang ada pada aku. *bersyukur tapi tetap tak puas ati itu ini, haih!*

Eh, bukan tak puas ati, cuma concern terlebey jek...Boleh ka centu? *gulp*

2 orang dah bebel:

dugongsenyum 4/3/11  

beli kasut jogging yg bagus, yg tapak dia 'mantul', yg lembut - lepas tu berjoginglah pagi2 atau petang2.

badan berisi ka, badan tak berisi ka, motif kita berjoging - nak sihat.

tipahvogue 4/3/11  

bas, hang nak sponsor ka kasut jogging kayak gitu?? mesti mahal tu kan kan kan?? sponsor la ek ek ek??? ngee....

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP