Thursday, March 31, 2011

Betapa clumsy nya insan yang bernama Tipah nih!

Aku gugel translation Clumsy ke BM, maknanya 'kikuk'?? Hahahaha...Kerakar di situ!



Cerita ari Selasa petang.
Giler bz.  Maklumlah, Jumaat dan Isnin aku cuti sempena Konvo.  Bila masuk keje ari Selasa, keje menimbun. Kalut siapkan keje sampai jam 6.30pm.  Esok hari aku nak bercuti sebab nak ke Politeknik Port Dickson, dijemput bagi talk kat student2 semester akhir DSK.

Dah off pc bagai, baru teringat, aku lupa nak transfer slides utk presentation ke pendrive.  Terpaksa la on balik pc.  Pc aku nih dah la zaman Paleolitik weih, berjaman nak tunggu pc menyala. Hahahaha....

Dah on, transfer, print slide bagai, off pc, terus chow laju2 gi kat keta. Tak sabo nak balik. Penat. Jam dah kol 7pm time tu.  Baru drive 10 menet, baru tingat, pendrive lupa cabut dari pc. *tepok dahi patblas kali* Haiyaaaaaaaaaa...Buat penat jek aku melangut on pc kemain lama. Haih!!!!

Cerita ari Rabu pagi
Tengok aturcara majlis, sesi talk aku bermula petang jam 2.30pm. Niat nak singgah opis pagi tu, nak amek pendrive yang tertinggal.  Baru pas bekpes dengan pemili, tup2 dapat sms dari ex-lecturer, bitaw sesi aku start jam 10.30am!!!

Hoh?!?!? Rasa macam nak pitam jap! Tengok jam, kol 9am, dan aku masih lagi di Kepong! Hoih!!! Kepong - PD, bukan jarak yang dekat tu! Kalut drive laju2.

Sampai Tol Bangi kol 10am.  Park keta kat situ. Jalan menonong2 naek keta evo si Eera, soh dia pecut laju2.  Target nak kena sampai jam 11am di PPD.  Dia bawak 180km/j taw! Bagus! Ahkak suka laju2 nih! Ngeee....

Alhamdulillah, sampai di PPD lagi 5 menet kol 11am.  Kuar dari keta, baru menapak beberapa langkah, Eera tegur kasut aku.

Laaaa... Aku lupa nak tukau kasut la.  Patutnya nak pakai heels, tapi sebab kalut, langsung lupa nak tukau.  Mujur saiz kaki Eera sama dengan saiz kaki aku. Pinjam la plak heels dia. Isk!!!

Rupanya, sesi talk aku tetap jam 2.30pm.  Kol 11am tu cuma sesi berkongsi pengalaman jek dengan student2. Phewww....

Matik la, sure keta Eera kena saman nanti nih! Ngee....*gigil pala lutut*

Menciks taw bila kalut2 dan panik2 gini.  My blood go upstairs u know! Isk!!! Dah cuba buat preparation seawal mungkin, tapi kalo dah nama clumsy tu, wat la cane pon, tetap tak leh nak smooth gak semua agendanye pong! Huhuhu....

Tipah...Tipah...

2 orang dah bebel:

EraNaZeErA.. 31/3/11  

tu la tu.. sib baik aku ada..kalau tak dah selebekkk aku nengok penceramah sorang ni... terus hilang ketinggian aku..hehe..

tipahvogue 1/4/11  

hahahaha...toche memanyak la sebab kasik pinjam kasut eh?? penyelamat btoi la! hahahahaha

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP