Wednesday, September 28, 2011

Hey pompuan!

Aku terpaksa sambung kat sini sebab belum habis aku bercakap, hang dah letak tipon. Kenapa? Takot? Hey, aku baru cakap kat tipon ok, belum pi jumpa lagi pon. Rileks laaa....

Ok sambung.

Merujuk kepada percakapan telefon tadi, aku nak hang remove atau crop gambaq aku dari blog hang.

Ye, aku taw hang amek gambaq tu secara rambang dari SK. Tapi punya berlambak lagi gambaq lain yang ada, kenapa mesti letak gambaq aku yang terang2 dok kat depan, dan gambaq hang dok kat belakang. Motip???

Saja nak bitaw kat sumer readers kat blog hang nanti, yang sebenaqnya hang dah mintak maaf kat aku, tapi aku tak bagi response, kan? Eh, bukan dah buat cenggitu ke pon? Heh! Bijak! Bijak!

Memang patut pon aku tak response. Sebab aku nak tengok sejauh mana keikhlasan yang hang dok war2kan kat semua orang tu!!!

Dan terbukti, sangkaan aku tepat! Keikhlasan yang hang dok war2kan tu sebenarnya hanya dijari-jemari hang ja. Luaran hang memang dah berubah. Alhamdulillah. Tapi dalaman hang, hati hang.....Sebagai kawan yang pernah rapat dengan hang dulu, aku sangat2 kenal dah siapa hang sebenaqnya! Aku takkan tertipu lagi la....

Dari cara hang jawab tipon tadi pon dah terang2 menunjukkan hang memang tak pernah berubah!!!!

Bukan susah pon permintaan aku pon kan??? Suruh crop atau remove gambaq aku ja pon!!! Dah email kat fb, request, buat ayat elok2, tapi tak dilayan. Bila call, cakap elok2 pon, tetiba hang nak melenting tak tentu pasal tu kenapa??

Salah ke kengkawan aku bitaw kat aku yang gambaq aku masih kat blog hang??? Nak harapkan aku pi jengah blog hang, memang tak la pon kan?? Tak kuasa mak nyah!!!

Ye aku taw, tu blog hang, sukati hang la nak buat apa pon!!!

Tapi hang kena ingat, tu muka aku!!! Muka aku weih!!!

Aku ingat lagi, dulu hang pernah cakap, aku nih perasan lawa, sikit2 nak letak muka aku kat blog aku. Hey pompuan, muka aku di blog aku, salah ke pon??? Ada kacau hidup hang ke pon? Takde kan???

Skang nih hang yang kacau hidup aku bila hang letak MUKA AKU di blog hang!!! Itu memang salah beb!!!! Kalau hang mintak izin, takpe la gak. Nih dah la tak mintak izin, bila cakap elok2 soh crop atau remove, tetiba hang plak nak marah2!! Apakah?!?!?

Sudah la pompuan. Penat taw dengan peel hang nih!!! Berhujah berhadis berdoa kemain lagi, tapi tak pula nak amalkan!!! Sempat lagi dok perli2 orang, mengata2 orang walaupon sibuk dok war2kan pasal penghijrahan hang tu!!! Berubah sungguh2 dah ka pon????

Seingat aku, aku tak pernah kacau pon hidup hang! Tak pernah pon up entry perli2 hang ka apa ka pon lagi dah!!! Tu zaman2 jahiliah aku dulu ja dok suka bergaduh! Dan musuh utama aku waktu tu cuma HANG!!! Aku tak kepingin pon nak bergaduh dengan orang lain.

Tapi tu la, sampai ke saat ini, hang tak abeh2 lagi la dok bercerita pasal aku kan?? Haih laaa.... Macam mana la hang boleh kata hang dah berubah kalo macam nih la gayanya?!?!

Ish dah la. Penat!!!

Nak citer pasal gambaq, tak pepasal aku dah membebel pasal hal lain.

Sowi la kat readers yang lelain, dah nama pon blog membebel, so bebel aja la keje aku kan????

3 orang dah bebel:

tentangseseorang 28/9/11  

macam dah buang jer :) dah la tuh....

tipahvogue 28/9/11  

ady, cer awak plak gi cakap kat dia, sudah2 la tu! dah lama akak diam, dia yang dok merempan tak tentu hala! penat hoccay!!!

tentangseseorang 28/9/11  

ehehehe. sometimes kak ignorance yang paling best. kita pun tak sakit hati :)

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP