Thursday, December 22, 2011

Duit kertas siri baru 2012

Mesti ramai yang dah tengok, or mungkin ada yang dah beli pon duit peringatan untuk duit kertas siri baru negara kita nih kan?


Untuk pengetahuan semua, duit ini telahpun dirasmikan oleh Perdana Menteri kita semalam, 21 Disember 2011 di Sasana Kijang. Dan untuk makluman jugak, BNM telah reproduce balik notes RM20 dan denominasi yang lain, masih dikekalkan.


Aku ada baca beberapa soklan yang public dok tertanya2 -


1) Kenapa duit baru ni colourful? Macam duit monopoly/jutaria.


- Kalau uolls perasan, warna duit baru ni tetap mengekalkan warna yang sama (kecuali RM20), cuma yang menampakkan bezanya, ada duit yg berwarna agak terang, ada yang agak gelap. X caya kalu, cer check balik duit koang yang ada dalam dompet tu.


2) Malaysia ni asyik tukar design duit je.


- Manadek selalu. Cer habaq mai sat, selalu yang dimaksudkan tu, baper tahun bagi koang? Fyi, kita cuma tukau design duit dalam masa 12 tahun.  Dan duit RM50 yang kita pakai ni, adalah pengenalan kepada duit untuk siri keempat. Ala2 macam bagi hint gitu. Sebab tu duit RM50 xde beza apa pon.


3) Berapa harga duit peringatan ni dan mana nak beli?


- Full set (premium set) - RM300

- Set of 2 (RM5 & RM1) - RM15

- Single set (RM20) - RM30


Buat masa sekarang ni, public or even staff BNM pon, hanya dibenarkan beli 5 set of 2 & single serta 1 set premium. (total harga RM525). So kalau nak beli, boleh datang ke mana2 cawangan BNM di seluruh Malaysia.


Err... Jangan plak mintak aku belikan eh? Tu sumer di luar bidang kuasa aku. Aku bukan staff dalam unit jualan tu. Aku keje bahagian kualiti.


Harap2 penjelasan aku ni dapat memberikan penjelasan kat koang sumer. Juz in case kalo ada pape soklan yang tak puas ati dan nak tanya lagi, juz tinggalkan komen di bawah ya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

2 orang dah bebel:

THE GREEN 15/1/12  

salam akak....

nampak design duit baru ni ok jugak :-) cuma belum sampai ke serata malaysia lg...

blog-tips-kurus 17/1/12  

..dtg dr blog BladeEdge ni..

*ade vacancy tak kat BN? hehe!

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP