Monday, January 30, 2012

Kehilangan yang menyakitkan...


Assalamualaikum mak,

Rasanya, dah lama Aemiey x coretkan luahan hati untuk mak di sini.

Bukan Aemiey lupakan mak, tapi tuntutan kerja dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak kebelakangan ini, membataskan semuanya. Maafkan Aemiey ye mak?

Baru-baru ini, kita sama2 merasai kehilangan yang menyakitkan, kan mak? Kita kehilangan orang yang sama, Maklong.

Aemiey tahu mak sedih di atas pemergian kakak mak, walaupun mak tak menangis hari tu, tapi air wajah mak mempamerkan rahsia hati mak. Mak sayangkan Maklong sangat2 kan? Kami pun sayangkan Maklong.  Sebab tu kami adik-beradik mengambil keputusan untuk pulang jugak pada malam tu (walaupun berhimpit2 dalam satu kereta), untuk melihat wajah Maklong buat kali terakhir.

Mak perasan tak, anak mak yang sorang ni paling banyak menangis. Sebaik sahaja melihat wajah tenang arwah, laju betul airmata ini mengalir. Mak bisik, jangan tangisi pemergian arwah, banyak2 sedekahkan Al-Fatihah.

Tapi mak sendiri tahukan, yang anak mak ni sensitif orangnya, ratu airmata. Kucing hilang pun, Aemiey menangis bagai nak rak setiap malam, inikan pula kehilangan Maklong, yang hanya dapat bersua kembali di akhirat kelak, itupun jika diizikan Nya.

Mak nak tahu tak, sewaktu melihat jenazah Maklong dimandikan, hati Aemiey rasa sayu sangat. Entah kenapa, Aemiey terbayangkan jasad mak di situ.

Tak!! Bukan! Bukan Aemiey nak mak mati cepat!! Tak!! Aemiey x mahu kehilangan mak!! Kalau boleh, biar Aemiey 'yang pergi dulu' sebelum mak, sebelum siapa2 pun dari dalam family kita. Sebab Aemiey tahu, Aemiey tak kuat untuk kehilangan seorang pun dari ahli keluarga kita. Aemiey x tahu apa akan jadi pada Aemiey jika salah seorang daripada kalian di jemput Ilahi.

Aemiey sangat2 sayangkan family kita, umpama nyawa Aemiey sendiri. Aemiey cuma ada kalian sahaja dalam hidup Aemiey sekarang ini, tempat untuk Aemiey tumpang bermanja dan bermesra. Hanya kalian sahaja yang benar-benar sayangkan Aemiey jugak, kan?

Aemiey rasa sangat gembira setiap kali keluarga kita bergabung, makan sama-sama, bergurau senda bersama, dan berjalan-jalan sama-sama. Kebahagiaan dan kegembiraan yang x dapat diluahkan dengan kata-kata. Rasa sunyi akan terus lenyap sama sekali. Aemiey rasa Aemiey lah manusia yang paling gembira tika saat itu.

Mak tahu kan, yang anak mak ni sepi, seringkali terasa terasing di dunia sendiri bila keseorangan di rumah ni. Rasa kosong! Rasa sunyi! Mujur ada si Ebii yang jadi penghibur, peneman Aemiey.

Dengan Ebii pon, Aemiey x sanggup berpisah mak. Biarlah orang cakap Aemiey degil, dah tahu sakit, lagi nak bela kucing. Tapi orang tak tahu, yang Aemiey sangat sunyi bila kat rumah. Xde kawan nak ajak berborak, xde sapa-sapa pun.  Cuma ada Ebii. Dan Aemiey tahu, Ebii juga sayangkan Aemiey. Seikhlasnya. Sebab tu dia sanggup kembali kepangkuan Aemiey, walaupun dah hilang selama 2 minggu. Cuma nasib Eboo x tahu bagaimana. Huhuhu...

Mak, sejak kehilangan Maklong, seboleh mungkin, Aemiey nak sentiasa berada dekat dengan mak. Aemiey jadi trauma. Aemiey xnak kehilangan mak di saat Aemiey tiada disisi mak. Tapi bagaimana mungkin Aemiey dapat berada disisi mak 24 jam sehari kan mak?  Aemiey ada kerjaya yang perlu diuruskan. Arhh... Kalau la x makan gaji, pasti semuanya lebih senang untuk sentiasa berada disisi mak, kan?

Aemiey sayangkan mak!! Sayang sangat-sangat! Insya Allah, tahun ni Aemiey nak cuba untuk lebih kerap pulang ke kampung untuk berada dengan mak sekerap yang mungkin. Tak pun, Aemiey nak bawak mak duduk dengan Aemiey lama-lama kat sini. Boleh kan mak?

Aemiey dah x mampu nak mengharapkan kasih-sayang dari orang lain. Semua tu plastik semata. Mereka cuma pandai menagih kasih, tapi untuk mencurahkan kasih kembali, mereka berikan pada orang lain, bukannya untuk Aemiey.

Apa yang pasti, Aemiey tak pernah berputus-asa mahupun mengalah. Andai satu hari nanti, pintu hati Aemiey terbuka lagi, pasti waktu itu, hati Aemiey telah bersedia untuk menerima lagi dugaan dan cabaran yang mungkin, lain pula pengalaman yang bakal diperolehi. Aemiey tak pernah jemu untuk berdoa. Mak jangan risau ya. Cuma waktu itu belum tiba je lagi ni. Sabar ye mak.

Mak, Aemiey sentiasa mendoakan agar Tuhan limpahkan kesihatan yang sempurna buat mak dan abah! Agar Tuhan sentiasa melindungi mak dan abah, sentiasa berada di bawah rahmat Nya.

Nanti kalau Aemiey bercuti dekat kampung, kalau mak teringin nak ziarah kubur Maklong, atau kubur arwah tok/tok wan mahupun adik, mak cakap pada Aemiey ya. Insya Allah, kita pergi sama2 nanti ya. Kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat mereka semua yang telah tiada.

Semoga roh2 mereka yang telah pergi, ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh. Amin.

Al-Fatihah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 orang dah bebel:

AdanyaKauUntukku 30/1/12  

selalunya..
ibu takkan sanggup tgk anaknya pegi dulu.........

itu lebih memilukan hati dia...

moga ibu aiemiey sihat2 selalu..dan aiemiey dapat pulang ke kampung sekerap yang mungkin ok

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP