Saturday, February 4, 2012

Kompiyus laaa....

Hi mak, assalamualaikum.


Mak sihat?


Masa Aemiey taip entry ni, mak ada kat umah kakak. Baru semalam Aemiey hantar mak abah ke sana.


Bila balik ke rumah, terus rasa sunyi sangat2!!! Rasa macam berdengung-dengung ja palotak ni. Hehehe. Over kan?


Tapi itu la yang Aemiey rasa tiap kali balik umah, dok sesoang dalam rumah ni. Mati kutu. Busan sangat2!! Aemiey sunyi la mak!! Kan best kalau mak abah dok kat sini lama2! Uhukssss


Mak nak taw dak?


Lately nih emosi anak mak ni terganggu sikit. Eh, bukan sikit. Tapi banyakkkkkkk!!! Asek moody ja. Mood swing sokmo. Tak tentu hala jadinya.


Tapi depan mak, tetap menten senyum!! Terel tak anak mak nih berlakon? Walhal, dalam hati, Tuhan saja yang taw. Isk!!


Aemiey rasa Aemiey dah cukup tua, dah cukup matang untuk hadapi semua rencah hidup. Terlalu banyak pengalaman yang Aemiey dah perolehi sepanjang Aemiey mengenali tingkah seorang lelaki.


Tapi Aemiey silap percaturan lagi. Memang tak semua lelaki sama tingkahnya. Lain orang, lain pengalaman yang Aemiey dapat.


Tapi Aemiey tak pernah menyesal mengenali mereka yang pernah hadir dalam hidup Aemiey. Aemiey sepatutnya berterima kasih kepada mereka, sebab mereka memberikan pengalaman yang berbeza2, untuk Aemiey lebih mengenali mereka yang bergelar lelaki.


Entah la mak. Bila la agaknya 'Mr Right' untuk Aemiey akan muncul. Hidup lagikah jodoh buat Aemiey? Di mana dia berada sekarang ek? Isk!!


Sungguh, tatkala entry ni di taip, hati Aemiey masih tak keruan. Bersimpang-siur. Ada satu rasa yang sangat ngilu tengah bergayut ditangkai hati ini. Nak diluahkan, tak berdaya. Nak ditelan, x sanggup!


Aemiey selalu cakap kat kawan2, Aemiey dah penat dalam mencari cinta sejati. Aemiey cuma nak duduk, tunggu dan lihat je. Kalau ada jodoh, ada la. Tapi kalau xde pon xpe. Aemiey tak kisah!


Tak!! Sebenarnya Aemiey tipu diorang!! Mana boleh Aemiey tak kisah!!! Sudah lumrah naluri seorang wanita, ingin dicintai dan mencintai. Tambah2 bila duduk seorang diri dirumah ni, lagi rasa sunyi yang teramat2!! Yang tak boleh nak diluah dengan kata2!


Lagi bertambah sedih dan pilu, bila tengok kawan2 dok bz hantar anak2 gi sekolah, bercerita tentang keletah anak2 mereka. Hati wanita mana yang tak dipagut rasa pilu yang tak bertepi. Tuhan, ujian apakah lagi yang Engkau ingin berikan? Isk!!!


Bila fikir nasib diri hari ini dengan pengalaman2 yang lalu, rasanya cukup la kot Aemiey kenal dengan insan2 yang bergelar lelaki.  Tapi bila fikir masa hadapan, sampai bila nak hidup sendiri macam ni, hati terus rasa sayu!!


Mungkin xde sapa mahukan Aemiey sebab Aemiey sakit kot, kan mak? Sapa la yang nak jaga Aemiey nanti, buat menyusahkan diorang jek. Kalau itu alasannya, Aemiey memang x mampu nak buat apa2! Aemiey tak minta untuk sakit. Sakit ni, anugerah dari Dia. Aemiey terima dengan redha.


Dalam setiap perhubungan, Aemiey cuba untuk menjadi yang terbaik!! Tapi selalunya Aemiey juga yang menjadi antara yang terburuk dalam hidup mereka. Dah puas Aemiey fikir, di mana salah dan silapnya. Ye, memang x dinafikan, sifat dan sikap Aemiey yang manja dan kebudak-budakan, sedikit sebanyak buat mereka menyampah dekat Aemiey kot, kan mak? Tapi itu memang dah perangai semulajadi Aemiey mak, Aemiey susah nak kikis semua tu dalam sekelip mata. Aemiey akan berusaha untuk buang semua sifat dan sikap negatif tu perlahan2! Aemiey sedar Aemiey dah tua, dah x sesuai dengan perangai macam tu, kan mak?


Mak, Aemiey minta maaf. Aemiey tak boleh nak luahkan apa sebenarnya yang buatkan hati anak mak ni jadi tak keruan. Banyak sangat keterjadian yang x diduga, terjadi dalam sekelip mata. Aemiey sedang cuba untuk bertahan!!! Aemiey sedang cuba untuk atasi semuanya sebaik mungkin.


Aemiey cuma ingin doa dari mak, agar hati yang rapuh ini segera pulih seperti biasa. Hati ini tak tegar untuk terus menampung rasa yang menghimpit perasaan. Aemiey nak kembali ceria seperti dulu!! Ingin hidup dalam kegembiraan!! Aemiey xnak serabutkan kepala dengan segala permasalahan yang Aemiey cari sendiri.


Aemiey dah penat mak!!! Jiwa Aemiey dah lelah!! Hati Aemiey perlukan 'tongkat' untuk bangun semula.


Mak tolong doakan untuk Aemiey ya mak!! Aemiey perlukan doa dari mak untuk Aemiey terus kuat dan tabah!!


Aemiey sayang mak dan abah!! Sangat2!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 orang dah bebel:

THE GREEN 11/2/12  

salam....

byk2kan buat solat hajat n istikharah..teruskan usaha..semoga cepat dipertemukan jodoh..

riey 11/3/12  

salam, istiqamah berdoa agar ditemukan jodoh selepas solat 5 waktu dan... http://www.quranexplorer.com/quran/

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP