Monday, March 19, 2012

Kemaafan, dendam yang terindah...

Awak,

Esok 20 Mac. Kalau kita masih bersama, kita akan meraikan ulangtahun perhubungan kita yang ketiga, kan awak?

Ingat lagi tak, betapa payahnya permulaan cerita cinta kita waktu itu. Saya diuji pelbagai masalah, tapi awak tetap teguh berada disisi saya. Awak berikan kekuatan buat saya untuk kembali bangun dan bertatih. Terima kasih awak! Saya tak akan lupa jasa awak!

Awak,

Mungkin telah ditakdirkan, perhubungan kita tak dapat bertahan lebih lama. Masing2 punya kelemahan dan keegoan sendiri. Dan masing2 tidak mahu beralah. Sudahnya, kita terpaksa membawa haluan sendiri.

Saya minta maaf. Saya rasa saya dah beri banyak peluang untuk awak, tapi awak tak pernah nak mengendahkannya. Saya dah penat menunggu. Saya dah letih wak...

Awak,

Maafkan saya kerana tak dapat mengotakan impian awak untuk kita berjumpa buat kali terakhir. Saya tak mampu wak. Hati saya sudah cukup sakit selama hari ini. Perasaan saya dah banyak tercalar dan terluka wak. Saya sedih sangat2 dengan apa yang awak buat pada saya selama hari ini. Awak tahukan?

Tapi awak jangan risau. Saya dah lama memaafkan awak. Siapa saya untuk terus menghukum awak. Saya tahu, awak buat semua tu kerana perasaan amarah awak. Kita semua manusia biasa kan? Takkan lepas lari dari segala kekhilafan.

Awak,

Saya mohon dan rayu sangat pada awak, tolong lepaskan saya dengan hati yang benar2 ikhlas. Tolong tinggalkan saya dengan redha, ye awak? Biar kita sama2 mulakan hidup yang baru. Selagi kita 'dirantai' dengan kenangan2 silam, selagi tu la kita takkan boleh mulakan hidup baru.

Awak,

Saya doakan semoga awak berjaya dengan new life awak nanti. Semoga tercapai segala cita2 yang awak impikan. Saya akan tetap doakan awak dari kejauhan.

Awak jaga diri baik2 ye. Jangan stress2, xnak sakit2 dah. Awak kena kuat!! Awak mesti kuat!!! Sebab awak dah xde saya untuk jadi 'pembakar semangat' awak!! Awak janji dengan saya ye? Awak akan teruskan kehidupan awak dengan lebih positif lepas ni k?

Semoga satu hari nan indah nanti, siapa tahu, kuasa Tuhan, mungkin kita akan bertemu kembali. Saat itu, saya harap, kita dah sama2 hidup bahagia dengan haluan masing2, kan? Insya Allah...

Untuk kesekian kalinya, maafkan saya awak!! Maafkan saya untuk segala-galanya.

Happy x-Anniversary untuk KITA!!

5 orang dah bebel:

slay 20/3/12  
This comment has been removed by the author.
tipahvogue 20/3/12  

Maafkan saya....

:'-(

dekboy 22/3/12  
This comment has been removed by the author.
dekboy 22/3/12  

ALLAH berikan kita DUGAAN dan UJIAN untuk membuatkan kita KUAT dan CEKAL. Kadang-kadang ALLAH TIDAK memberikan apa yang kita pinta,tapi Pastinya DIA MEMBERIKAN apa yang TERBAIK buat kita kerana caturanNYA yang Maha ''HALUS'' ,PASTI ada hikmah disebaliknya....insya allah

ALLAH PERANCANG TERBAIK..!!


~ibu ben~

tipahvogue 27/3/12  

Betul tu kak!! Thanks!!

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP