Tuesday, March 6, 2012

Pesan mak...

Tadi tipon mak lagi. Alhamdulillah, mak cakap mak dah larat bangun. Dah larat masak nasi. Mak dah semakin ok.  Itu katanya. Mungkin sebab xnak aku risau kot?!?

Mak pesan tadi;

1) Tak yah la balik kalo xde duit.

(Kakak2 aku xnak balik ke? Leh tong-tong! Huhuhu. Isk, kalo tengah kaya, mau aku pecut balik kampung sesoang je nih!! Haih!!)

2) Jangan tinggal solat. Banyak2 doa!

(Mak jangan x taw, anak mak skang dah mula suka baca tafsir Al-Quran taw! Hikkks... Semoga Allah jauhkan aku dari Syaitan Laknatullah!! Novel dah letak kat tepi, bagi laluan.)

3) Kalau ada bopren, soh ja dia masuk minang. Kawen cepat, bagi dapat anak. 2 orang pon takpa.

(Gulp!! Perit terus rasa tekak!! Memang nak kawen, nak anak, tapi sapa ja pon yang nak masuk minang anak mak ni? Huhuhu...*sedeynya!!!*)

Tetiba dengar sayup2 sora abah kat belakang;

"Kalau Kakcik balik, boleh ajak dia pi makan kenduri kat Aulong!"

Adesssss.. Terus rasa nak meraung!! Alahai abah, anak abah ni nak sangat balik, tapi macam mana? Naki isi minyak, bayar tol pakai apa? Huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tengok la cene, nanti Aemiey gi korek saving eh? Rasa x sedap ati la. Macam nak kena balik kampung je jugak nih!! Adoi laaa...

Permudahkanlan segala urusanku Ya Allah!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 orang dah bebel:

lupekanje 7/3/12  

Pulanglah nak.....ayah ibu menunggu di kamfung.

tipahvogue 7/3/12  

Baekkkk!! Sy akan berusaha!!

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP