Wednesday, May 2, 2012

Cepat sembuh ye sayang...

Dah 2 minggu Ebii admitted dalam Hospital Vet di PPUM.


Kesian Ebii. Sakit paru2 bernanah. Uhuksss...


Kata Kak Eiza, esok Ebii boleh keluar dah! Syukur!! Tak sabarnya nak jumpa Ebii!! Rindu sangat2 kat Ebii!! Setiap malam time nak tido, teringat sangat2 kat Ebii!! Agak2 Ebii ingat kat aku x eh? Huhuhu...


Aku rindu Ebii!!


Tak sanggup nak kehilangan Ebii!! Dia la peneman aku yang paling setia. Dia x pernah nak sakitkan hati aku. Dia yang paling memahami aku.


Walaupun lepas ni, aku terpaksa ikat perut untuk bayar balik utang untuk kos rawatan Ebii, aku rela, semuanya demi Ebii.


Terima kasih banyak2 buat Kak Eiza yang sudi bantu aku, susah payah jemput aku di KLIA tempohari dan terus bawak aku pi melawat Ebii. Terharu sungguh rasa di hati. Thanks ye kak!! Akak sayang Ebii gak kan kan kan? Uhuksss...


Terima kasih juga buat kawan Kak Eiza, Ediq, yang sudi tolong hantarkan Ebii, bayarkan dulu kos rawatan Ebii dan caring pasal Ebii. Sebak!! X sangka masih ramai yang menghargai dan menyayangi haiwan seperti Ebii... Thanks a lot!!


Tak dilupakan juga, terima kasih buat mak abah yang sanggup datang ke KL untuk menjaga Ebii, tapi malangnya Ebii pulak jatuh sakit. Mujur mak sangat2 memahami, mak x marah pon bila dengar harga kos rawatan Ebii mencecah sehingga RM1,200++. Mak taw aku sayang Ebii, dan aku sangat yakin, mak pon sayang Ebii jugak, kan mak?


Terima kasih buat semua yang sudi mendoakan agar Ebii cepat sembuh!! Semoga doa kalian dimakbulkan Tuhan.


Ebii sayang, cepat sembuh ye!! Aunty Aemiey x sabar nak tunggu kepulangan Ebii... Aunty Aemiey rindukan Ebii, rindu sangat2!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 orang dah bebel:

roserose 2/5/12  

Sedihkan bila yg disayangi sakit...

tipahvogue 2/5/12  

Sangat sedih dan susah ati la kak!! Huhuhu

tipahvogue 2/5/12  

Sangat sedih dan susah ati la kak!! Huhuhu

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP