Sunday, May 6, 2012

Tabahlah...

Ebii sayang,


Sayu rasa hati ni bila tengok keadaan Ebii sekarang ni. Lemah tak bermaya, asyik tidur je sepanjang masa. Dah tak aktif seperti dulu.


Bertambah luluh rasa hati tiap kali terpaksa lap segala muntah makanan yang Ebii makan. Badan Ebii langsung tak boleh terima makanan2 yang Ebii makan. Sudahnya, pewot Ebii kosong tak terisi. Mesti Ebii lapar kan? Dah la sakit, tak boleh nak makan, bertambah xde energy dibuatnya. Sian Ebii...


Ebii nak tahu tak?


Petang tadi, Aunty Aemiey pening sangat2! Migrain dah banyak hari. Ye, migrain sejak hari Khamis malam Jumaat, membawa sampai ke hari ni (Ahad). Aunty Aemiey tak larat sangat sebenarnya nak keluar gi beli makanan/susu Ebii tadi. Tapi Aunty Aemiey tak sampai hati. Setiap kali pandang wajah Ebii, tiap kali tu juga airmata ni laju turun x terbendung. Huhuhu.


Lega rasa hati bila tengok Ebii dah mula lalu nak makan. Dan yang paling penting, Ebii tak muntah. Syukur! Itu yang Aunty Aemiey doa dan harapkan sangat2!


Ebii sayang,


Aunty Aemiey rasa susah hati sangat2 bila fikirkan esok hari. Esok Aunty Aemiey kerja. Kena tinggalkan Ebii. Siapa yang nak tolong tengokkan Ebii? Siapa nak tolong lap kalau Ebii muntah? Sapa nak tolong garu badan kalau Ebii gatal? Alahai... Susahnye la rasa ati.


Kalau la sakit Ebii tu boleh dipindahkan ke Aunty Aemiey, alangkah bagusnya! X sampai hati betul bila tengok Ebii sakit2 ceni. Kesian kat Ebii... Aunty Aemiey x faham apa yang Ebii cuba mengadu, tapi Aunty Aemiey taw, Ebii tengah sakit dan x selesa, kan? Sian Ebii...


Ebii sayang,


Setiap detik Aunty Aemiey selalu bisikkan kata2 semangat supaya Ebii kuat untuk melawan penyakit Ebii, semoga Ebii cepat sembuh! Ebii kena sabar ye sayang. Semoga Allah mendengar doa Aunty Aemiey untuk Ebii. Semoga Ebii kembali pulih seperti dahulu.


Aunty Aemiey rindukan Ebii...  :'-(


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 orang dah bebel:

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP