Wednesday, March 2, 2011

Korang perasan tak?

Psst....Nih bukan blog politik, apatah lagik blog pembangkang. Tak tak! Nih blog membebel jek.  Entry yang bakal aku taip nih pon, sekadar bebelan semata2.  Tolong jangan ripot kat pakcik pulis bitaw aku tabor pitenah! Ahkak takotttt!!!  >_<

Koang tengok berita jam 8pm tak kat TV3???

Aku tengok! Aku nih malas sikit nak baca paper yang bertulisan halus tu. Sakit mata la. Hahahaha... *alasan semata2*

Jadinya, malam2 la baru aku ada masa nak tengok berita, nak tau perkembangan dalam negara sendiri. *dah, jangan bebel bebukan, stret to da point boleh tak Tipah?* Ngeh...

Aku dah perasan banyak kali. Setiap kali ada Pilihanraya kecil kat memana DUN, setiap kali tu la TV3 buat hal.  *hal apakah?*

Chupp!!!

Sebelum tu, aku bukan la nak memihak kat mana2 parti hoccay.  Aku bersuara disini atas dasar 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan! Takbir!!! *eh, opppss...silap cenel!*  So, aku rasa aku ada hak untuk bersuara, boleh?

Berbalik kepada 'hal' yang telah TV3 buat sampai menggores hati sensitifku ini.

Setiap kali ada pilihanraya kecil - nah! 20 minit hingga ke 30 minit (aku tipu ni, aku tak tengok jam pon, tapi lama weih, kompem lama) dok citer pasal pilihanraya kecil ni aje.  Bakal wakil rakyat itu macam itu la, wakil rakyat pembangkang gini la, nasib rakyat terbela bla bla bla, kami tak tabur janji palsu yang lesu (ek??), rakyat dah pandai berfikir, pembangkang guna taktik kotor, bla bla bla bla...Hoih!! Penat la aku tengok!!!

Sikit2 jek buat ulasan pasal pilihanraya tu boleh tak???  Last2 berita dalam negara, korang cuma cover tak sampai setengah jam. Selebihnya berita luar negara, pehtu sukan. *pffffffffftttt*    >:E

Korang tak bagi pihak pembangkang buat ceramah (boleh ceramah, tapi ada quota yang perlu diikuti, kan?)  Tapi yang korang 'berceramah' secara tidak langsung terus-menerus kat tv tu takpo lak eh?? Haih!!!

Pada pendapat aku la, sepatutnya pihak media tak boleh masuk campur hal2 politik nih.  Korang kena telus, kena adil dan saksama.  Tak kira la samada negara dipegang oleh parti kerajaan ke, pembangkang ke - semuanya kena fair and square, boleh tak?

Aku yang inesen nih tak berminat dengan parti2 nih (ye sangat la tu). Sumer nih doniya jek!!! Aku berminat nak taw apa yang terjadi kat dalam negara yang aku cintahik jek. Tak lebih tak kurang.

Btoi weih!!! Penat la aku ngadap berita selagi pilihanraya kecil tu tak abeh2!!!

Nih cerita sebelum pilihanraya.  Selepas pilihanraya nanti, lain pulak ceritanya.  Kalau diorang menang, sekejap jek cerita ni akan senyap.  Tapi cuba la kata diorang kalah, hah, korang siap!!! Nanti akan banyak timbul isu itu, isu ini.

Contoh terbaik, cerita pasal negeri Selangor dan Pulau Pinang.  Eh, kisah roboh kedai dah senyap kejap kan? Bagi laluan kat pilihanraya kecil nih dulu.  Esok2 sambung balik ler tuuuuuuuuuu...*oopsss*

Errr...Makin banyak aku membebel, makin menampakkan aku berpihak pada pembangkang jek nih. Haih! Bahyer! Bahyer!

Cukup la takat nih jek aku bebel!  Lega sikit bila dapat meluahkan perasaan yang terbuku nih.  Lalalala....

4 orang dah bebel:

roserose*MrsYusof* 3/3/11  

fuiyooo..

tipahvogue 3/3/11  

awat kak ros? ngeee

dugongsenyum 4/3/11  

"Errr...Makin banyak aku membebel, makin menampakkan aku berpihak pada pembangkang jek nih. Haih! Bahyer! Bahyer!"

Kah kah kah...

P/s: takde salahnya kalau kau letak tajuk artikel kau ni 'saya menyampah TV3'

tipahvogue 4/3/11  

dugong, tak leh...nanti TV3 banned tipah, cane?? hahahhaa

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP