Monday, March 7, 2011

Perangai yang terhapa

Perangai yang bagaimanakah??

Alaaaa....Perangai yang jenis suka cakap2, kutuk2, mengata2 kat belakang nih la. Bila depan geng, kemain lagi pung pang pung pang ko kutuk si polan itu si polan ini.  Yang buruk sumer dia lah.  Yang keji, yang hina, ko lambak kat dia.  Yang stok baek2 nih, sumer ada pada diri ko. Ko sorang jek la yang teraniaya.  Ko sorang jek la yang sedar diri.  Ko sorang jek la yang betul.  Orang lain sumer salah.

Part yang lagi best tu, si tukang mendengar pon cepat bonar jatuh hukum.  Dengar sebelah pihak, terus ajer tuding2 jari, angguk2 kepala tanda setuju apa ajer yang didengarnya.  Bukan nak selidik dulu berita tu betul ke idak.  Sesilap haribulan, siap gi menyampai plak lagi kat orang lain dan tokok tambah lagi perisa cerita yang ada. Best betul, kan??

Normal!! Semua orang ada sifat2 cenggini.  Aku pon tak terkecuali.  Kita nih kan cuma manusia biasa jek. Tak sikit banyak, sure ada jugak termengata dan termengumpat orang. Itu normal.

Tapi tak salah kalau kita cuba berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kan???  So, aku rasa, sebagai seorang Muslimah (wah gitu!), aku punya tanggungjawab untuk berkongsi email (hanya part2 yang berkaitan jek la) dan menggunakan platform blog ini sebagai landasan untuk menyampaikannya.

Terpulang samada nak terima apa yang aku sampaikan ini dengan cara yang baik, atau sebaliknya.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Takot tak???

Kita selalu jek cakap - "Ni betul weih, kenyataan! Tak tipu! Memang pangai dia centu!" (err...bunyi cam ayat aku jek tu...ngeh), sedangkan cakap menda yang betul pasal si polan tu pon di kira mengumpat, apatah lagi bila ditokok tambah cerita.  Haichooooooossssssssss....

Tetiba aku rasa ngeris!  Insof semenet!! (semenet jek la pong kannnnnnnnnnnnnnnnn?!?!)

Ntah la. Kekadang kita nih sedar perbuatan kita tu salah. Sonok gila dapat mengumpat orang!! Tetambah dapat tag team geng reramai joint venture mengumpat, perghhhhhhhhhh!!! Rasa macam nasib terbela gittew!! Rasa macam donia ini akulah yang punyaaaaaaaaaaaaaaa!!! Jai ho ho ho...

Tapi dalam sedar tak sedar, sebenarnya, 1 jari kita tuding kat orang tu, 4 jari lagi sedang tuding ke arah batang idong kita sendiri.

Diri kita adalah apa yang kita transformkan dari segi perbuatan dan kata2.

Bistu, apa kita patut buat??? Si polan tu tak abeh2 lagi dok mengata, si polan ni plak tak abeh2 dok mengutuk. Mana boleh jadi!!! Mana boleh diam jek, nanti kena pijak kepala laaa!!!

"Eh, takpe2, biar la dia nak cakap apa pun, ahkak tak kesah. Lantak ke dia nak cakap apa pun, ahkak tak rugi apa2 dik non!!!" .... Itu kata aku... Kata korang lak???

Agak kalau tak larat sangat dok dengar si polan dok mengata, si polan ni dok bebel, gi jek jumpa terus face to face, hadap bebetoi depan batang idong dia, tanya apo yang tak puas ati lagik nih.  Setakat dok cakap2 belakang jek, apa kes, kan?!?!  Cuma berani dengan tak jek la nak mengadap si empunya diri tu la kot?!?!  Hahahaha... Tak sedar ke, kat akhirat nanti, nak cari maknosia yang dikutuk ngater tu, seksa weih! Baek jumpa sesiap kat donia nih selagi memasing dok bernyawa, tak gitu?

Panjang kata (memang dah berjela panjangnya entry aku nih...haih), udah2 ler tu bergusip bagai.  Semua tu doniya jek.

Bukan kita yang sepatutnya nak jatuh hukum kat sesiapa pun.  Tu bukan kerja kita.

Tolong jangan amek alih kerja2 Tuhan untuk judge setiap salah orang, boleh tak???

6 orang dah bebel:

MY HEART 8/3/11  

Orang yang tidak sedari kesalahan diri sendiri adalah orang yang loser ^_^

tipahvogue 8/3/11  

hahahaha...kesian!

SHILAZIZI 8/3/11  

kalau boleh 'like' i dah like entry ko kak..

salam blogwalking dari junior dsk..ngehh...

tipahvogue 8/3/11  

shilazizi, hahaha...like2 kt fb jek boleh dik non!!!

neway, salam ukhuwah jugek dari akak yek! :D

dekboy 9/3/11  

orang camni kan abaikan je...nak larang pun takleh..dah memang peel dia cenggitu...kalau dia ckp kita alhamdullah...bertambah pahala....xgitu??hehehe

tipahvogue 9/3/11  

btoi2...jgn dilayan, jgn amek pot langsung... org keliling pon jgn cuba2 jd penyampai...kalo kita tatawu citer, kita pon aman damai jek kan, kak? hehehehe

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP