Monday, April 4, 2011

Bagi Talk "Pengurusan Diri Berkesan Seorang Setiausaha"

Bebaru nih, dijemput oleh ex-lecturer aku, Puan Yati, untuk bagi ceramah mengenai Pengurusan Masa kepada adik2 semester akhir course Diploma Sains Kesetiausahaan, di Politeknik Port Dickson.

Dedolu pernah gak bagi talk kat sini, pehtu pernah gak dijemput bagi talk kat Politeknik Sabak Bernam (waktu tu Puan Yati mengajar di sana).  So, perasaan gabra tu tadek la ketara sangat.  Bercakap pon tentang topik kehidupan harian seorang Setiausaha.  Dah lebih 11 tahun bekerja, banyak jugak la pengalaman yang boleh dikongsikan.

Sempat jugak la mengimbau kenangan silam dengan melawat ke Bilik Taip DSK dulu.  Banyak kenangan wooh dalam bilik nih.  Tu yang kat tetengah tu, lecturer kesayangan ramai, Bro Ashri.  (",)  Dia ajar subjek Trengkas, Typing dan apa lagi ek?? *ilang ingatan lak*


Nih pulak Puan Yati, aku memang tak pernah putus berhubung dengan lecturer aku soang nih.  Selalu jugak berkirim email bertanyakan khabar.  Dulu dia ajar subjek Akaun, subjek yang aku minat hoccay! Owh ya, dia juga ajar subjek Grooming dan Business Communications.  (>_<)


Bersama dengan sebahagian pelajar semester akhir DSK.  Bakal2 Setiausaha yang berjaya nanti nih.  Insya Allah.... Comei2 semuanya....Teringat kenangan dedolu, 'terpaksa dan dipaksa' pakai blazer dengan kain! Tak suka! Tak suka! Tak suka! Sebab rasa tak vogue! Muahahahaha... Ngengada kan??  :p

Diakhir sesi ceramah, dapat sobiniyer dari DSK.  Alahai, malu lak rasanya.  Niat aku ikhlas nak berkongsi pengalaman dengan adik2. 

Terima kasih daun keladi la ye buat semua yang telah menjayakan program ni.  Terima kasih yang tak terhingga buat Puan Yati yang sudi menjemput aku untuk berkongsi pengalaman.  Diharapkan, perkongsian aku dengan adik2 pada hari itu, dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang bakal memulakan kerjaya tak lama lagi.  Insya Allah.

2 orang dah bebel:

lupekanje 6/4/11  

best la tipah...
lenkali kalu nk bagi talk, ajakla acik, acik bulih jadi esisten tipah ye...

tipahvogue 6/4/11  

hahahaha...kalo jadi esisten nanti, kena bayar gaji! tipah mana mampu cik! hiksssssss

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP