Thursday, April 14, 2011

P.I.L.I.H.A.N.


Dalam kehidupan seharian, kita mesti membuat pilihan tiap2 hari, kan?

Pilih sama ada
Nak bangun awal atau lambat
Nak gi keje ke tak
Nak bekpes nasi lemak ke roti canai
Nak buat keje or nak surf fesbuk
Nak makan kat kafe atau nak tapau jek
Nak dinner or nak diet
Nak kawen ke idak (eh eh)

Terpulang pada diri kita sendiri nak memilih yang mana satu, kan?  Ada pilihan yang positif, ada jugak pilihan yang negatif.

Contoh
Nak hidup bahagia atau derita
Nak gembira atau sedih
Nak menangis atau ketawa

*nak lari topik jap*

Ada orang cakap, aku tak kawen2 sampai sekarang, sebab aku memilih sangat! Hahahaha... Bila orang cakap gitu kat aku, rasa nak gelak guling2 pon ada, rasa nak pijak2 pewot orang tu pon ada gak!!

Aku memilih?? Huh! Gila apa!?! Pernah ke aku dapat bopren berpangkat Dato', or pernah ke ex-bopren aku keje Doctor or Lawyer?!?! Or pernah ke ex-bopren aku kacak encem bergaya macam Hans Isaac, lomentik macam Anuar Zain?? Ehem....

Setau aku, sumer ex-bopren aku, biasa2 aja deh! Tak encem di mata korang, tapi chumil di mata aku, itu sudah mencukupi!!!

Eh, tapi tipu la kalo kata aku tak memilih!! Hey, korang gi pasar beli ikan pon, korang takkan pilih ikan mata merah kan kan kan?? Mesti la korang akan pilih ikan yang segar bugar kan, yang fresh gitu!!!

Haaaa...Gitu jugak la aku pon!!! Cuma dalam kes aku nih, aku tak diberi pilihan untuk pilih bopren!! Bukan ramai yang ngurat aku pon weih, tolong la percaya! Hahahaha... Aku terima sumer bekas2 bopren aku tu seadanya, as long as dewang pon terima aku seadanya, terima baik buruk aku, terima family aku.

Cuma ending kisah aku dalam setiap perhubungan, aku cuma diberi pilihan samada untuk terus bersedih mengenang impian yang tak kesampaian, atau bangun semula untuk teruskan kehidupan.

Nak tanak, aku terpaksa pilih untuk bangun semula, bina kekuatan diri, cari semula semangat yang hilang.  Takkan terus-terusan nak meratapi nasib diri yang sentiasa tak menyebelahi aku, kan???

Sedih! Semestinya!!!

Tapi macam aku cakap tadi, hidup nih perlu buat pilihan! Kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita setiap hari.  Kalau kita pilih untuk bersedih, maka, bengkak2 la mata, pening2 la kepala sampai migrain dibuatnya (eh eh).  Tapi kalau kita pilih untuk hidup hepi2, bergelak ketawa la kita sepanjang hari, kan??? Muka pon otometik jadi awet muda! Comel!

Konklusinya, kalau korang nampak aku ala2 'terbabas' lately nih - TOLONG INGATKAN AKU tentang pilihan yang aku ada nih ek???

Emosi aku sangat tak stabil sekarang ni, tapi Insya Allah, aku cuba untuk pilih jalan yang positif!! Doakan aku ya!

8 orang dah bebel:

Tijah 14/4/11  

bak kata wos, kita kena pozitip. so pilih la utk bergembira & enjoy ur life to the fullest.

rosdiana 15/4/11  

betul kata tijah bak kata wos.
haha! faham tak?

hidup memang sentiasa ada 2 pilihan. positif atau negatif.

bila pilih yang positif itulah yang di namakan berusaha bila berusaha kena la diiringi doa seterusnya baru la pasrah dgn ketentuan Ilahi.

bila pilih yang negatif, akan banyaklah alasan tercipta untuk mengkaver perlakuan negatif tersebut, untuk memujuk hati sendiri untuk mengkaburi mata org lain.

sama-sama la kita ingat mengingatkan. kawan bukan hanya untuk mengangguk mengiakan. itu bukan kawan itu menjahanamkan.

~untuk ingatan pada diri sendiri jugak, semestinya.

dekboy 15/4/11  
This comment has been removed by the author.
dekboy 15/4/11  

nak taknak..suka atau tidak..hidup mesti diteruskan kan...jadi apa jua pilihan yg kita terima...yang kita dapat..yg kita buat..terima dengan senang hati..sebab tuhan sentiasa merencana kan sesuatu yang baik buat kita...

takmau mandom2..mood kena happy..baru somellll....kan...

forget the pass. life must go on! head up n smile! :)

imanamani 15/4/11  

...tau kau seorang yang tabah.. sekali sekala ...terasa lelahnya... bersabar lah...insyaAllah... semua nya... akan dapat di lalui dengan tenang.... :)

AZANI 15/4/11  

salam tipah

satu soklan

nak tua ke muda?kurus ke gemuk?tinngi ke rendah?eccentric ke concemtric?liar ke tame?kerajaan ke pembangkang?.

satu soalan tu..aaa semua dalam satu pullstop.

tipahvogue 15/4/11  

tij, toche beb! i torai....

wos, tolong la ingatkan aku kalo nampak aku terbabas nooo...huhuhuhu....

kak eiza, its not easy to forget ... huhuhuu

imanamani, kawan2 sekeliling yang selalu tiupkan semangat untuk aku....kalo takde kawan2, ntah laa...hurmmm

uncle, tu sumer tipah nak kena jawab ka tu? hahahaha...jenuhhhhhhhhhhhh!! :p

LeeYo 3/5/11  

be happy u deserve better...

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP