Friday, September 30, 2011

Tak abes lagi dowh!!

Ye, memang takkan pernah habis selagi ko tak berhenti cakap pasal aku. Kalo ko dah benti, pomis, aku pon benti cakap pasal ko, ok x?

Mesti ramai yang pelik, naper tetiba jek aku naek antu. Sedangkan bertahun2 jugak la aku diamkan diri dan hanya jadi pemerhati setiap tingkah laku hang.

Ramai jek yang dok sampaikan kat aku citer pasal hang. Bagi aku, xde satu pon yang menarik. Lantak pi la kat hang. Aku cuma konsentret dengan life aku ja. Aku sangat2 bahagia dengan life aku sekarang ni.

Sampai la satu hari, tetiba aku dapat email permohonan maaf dari hang. Tu pon time dah nak cuti raya. Mujur aku balik lambat. Sempat gak la aku baca.

Ting!!

Tetiba aku terasa sesuatu. Dah lama betoi aku abaikan hangkan? Sian. Xpa la. Apa kata kali ni aku jadi sedikit concern kat hang. Macam aku cakap seblom2 ni, walaupun aku x terasa aura keikhlasan hang, tapi aku nak tengok sejauh mana hang benar2 berubah.

Pastu aku dapat taw, hang pi jumpa soang2 umat yang hang pernah gado (ramai gak eh? Terel hang no! Hehehe) dan hang mintak maaf secara face to face dengan dewang. Terdetik lagi dalam ati, wah, satu langkah yang baik.

Ok, aku kena get ready ni. Mana nak taw kot2 tetiba hang mai terjah aku plak nak mintak maaf dedepan. Nebes taw setiap ari tunggu kehadiran hang.

Time photoshoot tu pon, jarak antara kita sangat dekat. Dok tunggu gak la kot hang nak huloq salam kat aku, macam mana hang boleh mulakan salam dengan orang lain, tapi xdak pon.

Eh, xkan nak soh aku mula dulu kot? Dengan orang lain, hang boleh mula pi huloq tangan dulu, xkan dgn aku xleh plak kot? Dabel stended taw! X aci x aci!! Kecit ati mak nak!!

Sudahnya, aku kecewa. Uhuksss. Sampai ati hang taw!! Pilih bulu!! Rasanya dosa dengan aku lagi tebai, cukup ke sekadar mintak maaf kat email ja?

Dalam tempoh pemerhatian tu, tetiba plak aku dapat taw hang tempek gambaq aku kat blog hang.

Terus aku rasa macam, eh eh, ko kenapa ni? Ok, pikir positip!! Xde apa la tu. Abaikan.

Tapi bila aku dapat taw hang dah mula jaja kat orang yang hang dah mintak maaf kat aku, tapi aku tak response, yang tu aku dah mula dapat rasa, hang mmg saja nak cari pasai! Tapi xpa, leks dulu. Small matter jek pon kan? Cool bebeh.

Aku mula satu tapak ke hadapan. Aku mesej hang kat fb. Nah, koang baca sendiri ayat aku tu, dan pepandai koang la nak menilainya. Ayat aku nak menghentamkah? Perlikah? Kasarkah? Jawab sendiri.

Aku mesej hang hari Jumaat malam (23/9/2011), tapi sampai Rabu (28/9/2011) hang x buat pa pe pon. Ok, pikir positip lagi, mungkin hang tak baca kot mesej kat fb.

Tu yang aku terus tipon hang tu. Dan gini la serba sedikit conversation yang aku still ingat.

Aku: Assalamualaikum (salam tu kan wajib sebagai pembuka bicara. Hehehehe)

Hang: Waalaikumussalam (sejuk pewot dengaq hang jawab salam taw. Hahaha)

Aku: Normaya Mukhtar? (saja nak dapatkan kepastian, dah lama x dgr sora haluih hang tu, takot salah org plak. Ngeee)

Hang: Ye.

Aku: Ok, Nor Aimah kat sini. (giler skema muqadimah kan? Sengal la aku nih).

Aku: Mungkin hang x baca mesej aku kat fb nun, so aku nak cakap kat sini la senang. Mintak tolong crop atau remove gambaq aku kat blog hang, boleh?

Hang: Insya Allah. (uish, berubah btoi ni. Bagus! Bagus!)

Aku: Kalau boleh, by today la. Aku xnak nanti ada kawan2 aku bitaw yang gambaq aku kat blog hang lagi.

Taw apa jadi? Terus aku kena marah hoccay. Ni jawapan dia.

Hang: Boleh tak ko cakap kat kawan2 ko, xyah nak sibuk2 masuk blog aku pastu nak report2 kat ko boleh? Itu blog aku, aku punya suka la.

Wah, sedapnya bahasa!! Tanjat Boboi!!! Ko naper? Kata dah berubah, xleh ke cakap dalam keadaan yang tenang? Aku nih panas baran dowh. Orang naek hantu, aku pon x tgu lama nak panaskan enjin. Ngee.

Aku: Memang la blog hang, tapi ada muka aku kat situ. Motip?

Hang: Aku amek gambaq tu kat SK, open. So, sukati aku la.

Aku: Memang la gambo tu public, tapi punya banyak lagi gambo lain yang tak exposed muka aku sangat, naper gambo tu jugak yang hang letak?

Dalam masa aku dok bebel, hang pon dah membebel dengan sora halus dan laju (dah macam kelly ng lak aku dengar, sepatah haram aku tak paham. Hahahaha) terus hang letak tipon.

Wah!! Mana gi sifat2 ko yang dok war2kan selama ari ni, yang penuh kesabaran, keredhaan, berhijrah ke arah yang lebih positif? Mana gi? Bagi salam pon tak sebagai penutup bicara. Sedey taw!!

Aku call balik semula sebab nak bagi salam (kunun la pon kan?) tapi sampai ke sudah hang biarkan aku terdampar sepi. Sangat berani x jwb tipon opiskan?

Buatnya ada panggilan official, baru ada akai. Ikot sangat la emosi hang tu kan? (ni bukan marah, tp nasihat. Hik hik hik)

Ikotkan ati, nak jek aku pi jumpa hang kat opis. Kompem hang tak leh lari memana dah, aku akan kejar sampai dapat. Hahahaha.

Tapi tu la, mujur la musuh hang lagi satu (ish la, banyak btoi musuh hang rupanya kan? Tabik spring arh!!), mujur dia sabarkan aku.

Haaaa.. Ni la baru btoi namanya kawan. Bila kawan tengah amarah, kena sabarkan. Bukan tag team skali dengan dia, tuang minyak gas bagi api lagi marak. Lagi best, sama2 pakat perli2, kutuk2 dengan membabi buta. Not good not good.

Diri kita adalah siapa kawan2 kita, pernah dengar tak quote ni?

Maksudnya, kalo orang nak kenal siapa kita, kawan2 disekeliling kitalah cermin untuk lihat siapa kita sebenarnya. Kalo kawan kaki gado, makanya kita pon mmg kaki gado dan sebaliknya. Tak caya, pi tanya orang lain!! Aku tak tipu dowh!

Dan hang boleh tengok kengkawan keliling hang, ada x diantara depa yang sabarkan hang, nasihatkan hang supaya buat xtaw? Kalo ada, sila pi berbaik2 dengan dia. Dia boleh bagi bimbingan kat hang dalam proses penghijrahan hang ni. Percayalah.

Sudahnya, never ending story jugak la kisah antara hang dan aku nih kan? Hahahaha.

Dah email minta maaf pon, belum cukup beb. Kalo hang bebetoi nak dapatkan kemaafan dari aku, meh jumpa aku!! Tu pon kalo branik la. Then hang kena buat permohonan maaf secara terbuka kat blog dan twitter hang. Ye la, dulu hang kutuk aku, hina aku kat sana. And please, senaraikan jugak semua dosa2 hang kat aku yang hang dah buat. Biar semua orang tahu apa yang terjadi.

Bila nak mintak maaf pon, kena la melalui saluran yang sama, kan?? Demand tak aku?? Tak demand pon la. Time buat dosa, xde sapa suruh pon, senang ja hang buat kan? Time nak mintak maaf pon mesti lagi senang. Hahahaha....

Jangan risau, kalau hang buat seperti apa yang aku minta, aku pon akan buat menda yang sama gak pastu. Baru adil dan saksama, kan???

So, aku dah bagi 'jalan penyelesaian' kalau hang betoi2 nak berubah. Selebihnya, terpulang kat hang la nak buat apa pon. Kalo hang masih dok terus dengan perangai lama hang, sampai ke sudah la hang akan bawak 'rasa beban' tu ke mana2.

Kepada kengkawan baek hang yang setia menyokong hang selama arinih, satu ja aku nak cakap kat hangpa. At least dia ada mai mintak maaf kat aku. Hangpa bila lagi?? Ka nak tunggu kat akhirat kelak baru nak mai cari aku??? Tu pon kalo jumpa. Kang tetiba ditakdirkan aku dan dia jalan berpimpinan tangan masok ke Firdausi (Insya Allah, harap2 la), tapi di manakah hangpa semua plak time tu???

Renung2kan......

2 orang dah bebel:

Love You Miss You 30/9/11  

tulis tak habis lah,

Renung-renungkan dan selamat beramal.

*sekadar nak membuat kesempurnaan*

fringe wall 5/10/11  

salam,

selamat hr lahir pah, sudah2 la gado ngn org tu..x untung kemana pon.. dr dulu smpai skrg x abis2, biar la dia dgn dunia dia.. jgn kita retaliate.. aku bkn sokong sapa2,tp rsnya lbh baik kalo ko berdiam.. all d best pah. love u.

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP