Thursday, October 6, 2011

Akhirnya....

Mak,

Hari ni mak sihat tak? Aemiey xleh nak tipon nak tiap2 ari, nak jimat duit. Hehehe. Maklumlah, anak mak ni kan boros. Mak pon faham, kan? Hiksss

Mak,

Hari ni anak mak tak sihat. Migrain dengan tiba-tiba. Tu pon lepas lunch tadi. Saket sangat kepala ni mak. Berdengung-dengung dibuatnya.

Aemiey cuba bertahan. Mintak panadol kat kawan sebelah. Dia ada seketoi ja. Jadi la. Terus telan. Tapi x jalan gak. Rasa berpusing-pusing. Kawan sebelah soh gi tido kat surau. Mujur dia memahami.

Tido kejap je mak. Terjaga, terus kalut turun ke opis balik. Tapi saket kepala x ilang lagi. Mujur ada opismet lagi soang ada panadol. Telan lagi sebiji. Pon x jalan gak. Kawan sebelah soh gi tido gak kat surau. Dia takot Aemiey tumbang kat opis ja. Hurmmm.

Kali kedua nak tido kat surau, Aemiey mula terpikir, dah lama sebenarnya Aemiey tak kena migrain. Kenapa tetiba je nih? Then baru Aemiey sedar, rupanya sudah agak lama otak Aemiey 'berehat' dari jadi seorang pemikir.

2-3 ari ni, otak Aemiey tak berehat langsung la mak. Macam2 yang Aemiey fikirkan. Dan yang paling ketara, Aemiey terlalu menahan perasaan. Selalu kalau Aemiey sedih, Aemiey akan menangis. Tapi kali ni, setitik airmata pon Aemiey x keluarkan mak. Sebab tu Aemiey cakap kat mak semalam, yang anak mak ni semakin kuat.

Sangkaan Aemiey meleset la mak. Aemiey x sekuat mana pun. Aemiey masih sama macam Aemiey yang dulu. Aemiey yang lemah bila menghadapi sesuatu dugaan. Hurmmm. Saket betul bila terpaksa menahan perasaan ni. Tak leh nak diluahkan, tapi nak disimpan pon makin sendat rasa di dada. Huhuhu.

Mak,

Kenapa Tuhan sentiasa temukan Aemiey dengan orang yang salah ek? Aemiey sangkakan, dia yang terakhir. Tapi tak. Bukan dia. Mungkin bukan sapa2 dah pun. Aemiey semakin penat!!

Aemiey cuma ikut gerak hati. Dan sedari awal Aemiey dapat rasakan, ada sesuatu yang tak kena dengan dia. Aemiey mintak ruang untuk Aemiey berfikir, mintak petunjuk dari Tuhan. Tapi sebenarnya, Aemiey nak bagi dia ruang untuk dia berubah. Dia sendiri dah janji nak berubah. Sebab tu Aemiey 'buat perangai', nak tengok sejauh mana dia boleh terima Aemiey seadanya. Dan Aemiey suruh dia tunggu. Tunggu sampai hati Aemiey benar2 boleh terima dia seadanya jugak.

Aemiey teringat kata orang, kalau betul dia sayangkan kita, dia sanggup buat apa saja untuk kita. Sanggup tunggu bertahun2 lamanya demi mendapatkan kasih sayang dari kita. Betul ke tu mak? Ada lagi ke orang macam tu mak? Aemiey harap, dia pun macam tu.

Tapi dia x boleh nak tunggu la mak. Baru je beberapa bulan Aemiey 'buat perangai', dia pon 'buat perangai' jugak. Aemiey sedih la mak. Aemiey kecewa!! Kenapa sekelip mata jek dia boleh berubah kembali ke perangai dia yang lama. Hurmmm...

Dia cakap, dia cuma nak uji Aemiey. Tapi cara dia tu salah. Dia uji Aemiey dengan menggunakan perempuan lain, dengan tujuan nak bagi Aemiey jeles. Aemiey tak boleh terima cara tu!!! Dia mempermain-mainkan perasaan perempuan tu, dalam masa yang sama, dia mempersendakan perasaan Aemiey kat dia.

Kenapa dia sanggup buat Aemiey macam tu eh mak? Apa dosa Aemiey kat dia? Walaupun Aemiey ada ramai kawan lelaki, tapi Aemiey tak pernah pun nak anggap mereka lebih dari yang sepatutnya. Aemiey tak pernah nak merindu2 atau nak bersayang2 dengan orang lain. Aemiey kalau dah setia kat seorang tu, Aemiey akan pegang dengan kata2 Aemiey. Ucapan sayang, rindu, bukan untuk dijual-beli. Ucapan tu sangat2 bermakna!!!

Ntah la mak, Aemiey tak taw samada Aemiey patut rasa sedih, ataupun rasa gembira. Aemiey betul2 konflik diri la. Kejap Aemiey rasa lega, sebab Allah dah berikan petunjuk awal2 sebelum ada apa2 ikatan. Tapi kekadang Aemiey rasa sedih, kenapa nasib selalu x menyebelahi diri Aemiey. Hurmmm...

Otak Aemiey penat betul la mak. Agaknya sebab tu la Aemiey kena migrain kot, kan?

Mak,

Kalau mak ada, mesti Aemiey dah suruh mak picit2 pala Aemiey dah. Sakit sangat2. Berdenyut2! Rasa nak pecah! Berjalan pon rasa macam atas angin je. Tadi nak balik keje pon, takut sangat nak drive. Takut tersondol divider. Aemiey bawak slow2 je tadi, sebab takut sangat!!

Time tu, mula terpikir, kalo kawen, ada laki, kan best!! Biar dia drive. Leh dok tepi. Tido!! Hehehe. Gatai sungguh, kan? Tapi bila terpikir nasib yang memanjang tak menyebelahi diri, terus rasa sedey. Terus makin saket kepala ni dibuatnya. Adoilaaaaa...

Aemiey penat ni mak. Aemiey nak gi rehat jap eh? Minggu ni sampai la 3 minggu akan datang, Aemiey bz sangat2!! Harap2 bila bz ni, otak Aemiey takkan banyak fikir yang bukan2. Aemiey nak rehat!! Aemiey dah x larat!! Huhuhu.

Mak,

Tolong doakan agar Aemiey dapat hidup bahagia macam orang lain ye mak. Macam Aemiey cakap semalam, kalau 'jodoh' Aemiey masih 'hidup', harap2 Aemiey dapat berjumpa dengannya satu hari nanti. Tapi kalau takde pun xpe, Aemiey redha dengan ketentuan DIA yang di atas sana. DIA yang mengaturkan semuanya. Aemiey cuma ingin hidup aman tenteram. Mintak dijauhkan dari bertemu dengan lelaki2 yang kaki perempuan ni. Dah serik sangat2 la. Penat!!

Nanti Aemiey sambung celoteh lagi kat mak eh? Aemiey nak gi rehat ni. Mak jaga diri k?

Aemiey sayang mak!!

Published with Blogger-droid v1.7.4

8 orang dah bebel:

tentangseseorang 6/10/11  

speechless

tipahvogue 6/10/11  

Yeah, me too!!

tentangseseorang 6/10/11  

mak jauh...adikmu ini ada ye :)

AZANI 7/10/11  

inilah cooobaaan,

BHMB 7/10/11  

aemiey..

"Don't worry if you're single. God is looking at you right now, saying, "I'm saving this one for someone special."

kalo dah penat mencari..berdoa dan menanti dgn sabar ...
insya allah..akan dtg juga yang dinanti..hikmah kesabaran adalah perkara yg paling manis untuk dinikmati oleh kita semua..
Allah blum temukan jodoh maybe utk ko berbakti puas2 dengan ibu bapa ko..macam aku yang dah kawin 5thn dan masih blum punya walo seorg pun cahayamata..tu semua ada hikmahnya..jgn cpt putus asa..ppuan yg baik utk lelaki yg baik..yg dtg sekrg maybe belum cukup baik untuk ko..:)

wassalam

cik gObu 7/10/11  

get well soon kak
jgn kusut2 and pening kepala

Tijah 7/10/11  

semoga dipermudahkan segalanya.
amin!

tipahvogue 15/10/11  

Hurmmmm

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP