Sunday, October 23, 2011

Susah jugak jaga kittens eh?



Tengok la aksi anak2 kucing di atas, memacam hal kan? Hahahaha.

Aku dapat kitties ni dari Kak Haizara. Asalnya aku tulis status kat fb, tanya ada sesapa x nak bagi anak kucing. Ramai plak yang offer. Dan last2 aku pilih untuk amek anak kucing dari Kak Haizara.

Masa memula dia bagi dulu, babies baru berusia 2 bulan, belum putus susu pon. Aku jaga 3 ari, tapi babies dah macam lembik jek, x lalu nak minum susu. Rindu kat omak eh agaknya. Then aku pulangkan balik.

Genap sebulan, aku amek balik babies. Wah, sekarang dah beso. Dah makin lasak!! Dan dah pandai makan jugek. Cuma dewang still tak pandai nak minum susu. Err... Maksud aku, dewang x pandai nak jilat susu dalam piring. Nak x nak, aku kena bancuh susu dalam botol dan suap dewang, baru la dewang nak minum.

Dah banyak jugek RM yang aku laburkan demi babies nih. Aku beli cage 2 tingkat, beli barang2 kelengkapan babies.

Kekadang aku terpikir, naper aku sanggup berhabis wang ringgit kat babies, sedang keperluan aku sendiri manjang x mencukupi. Hahahaha. Ntah la. Mungkin rasa sayang kat babies melebihi segalanya kot.

Dah banyak binatang yang aku bela sebenarnya. Ikan laga, rabbit, hamster dan skang, kucing plak. Harap2 babies panjang umur. X sanggup la kalo dewang 'pergi' tinggalkan aku jugak. Hanya dewang la skang tempat aku bermanja, tempat aku bercerita berkongsi masalah. Hurmmm...

Setiap hari nak gi keje, rasa berat hati amet nak tinggalkan babies kat umah. Bila kat opis, rasa dah tak sabar dan tergedik2 plak nak balik umah, nak tengok babies. Hahahaaha. Poyos kan?

Tu baru anak kucing tu. Kalo anak sendiri, mesti lagi dahsyat penangannya. Ahaksss.

Haaaa... Dah2!! Jangan nak tanya aku, bila plak nak jaga anak sendiri!! Merimaskan hoccay!! Kawen pon blom, bopren pon xde, mana mai nak dapat anak sendiri plak!! Tolong jangan tanya soklan yang dah sah2 sumernye kerja Tuhan! Aku xtaw untung nasib aku di masa hadapan. Cuma yang pasti, aku semakin selesa hidup sendiri. Tak menyakitkan hati, tak membebankan fikiran. Just go with da flow. Ada jodoh, kawen. Xde jodoh pon, aku terima dengan redha. Korang tak yah la kepochi sangat nak tanya pasal jodoh aku plak!! Busan hoccay!!

Tetiba emo lak kan? Hahaha.

Ye la, bab jodoh nih, sementelah dengan tahap umur aku sekarang, memang isunya sangat2 sensitif! Aku tak paham btoi dengan segelintir kawan2 aku yang tak pernah nak faham dengan situasi aku. Agaknya, puas kot ati dewang bila tengok aku sentap dengan soklan2 sensitif nih? Ntah la. Mentang2 dah kawen, dah ada anak, dewang ingat hidup dewang dah perfect agaknya. Hey, kalo kawen tapi hidup dok menjerat rasa, serba serbi tak kena, lebih baik hidup sendirian, kan?

Ye, aku taw, kawen itu sunnah nabi. Tapi, korang jangan la nak bangga sangat dengan perkahwinan yang koang miliki. Tipu la kalo koang kata koang bahagia! Aci kerat jari, sikit sebanyak mesti ada yang tak kena, kan?

Fair and square la. Koang kawen dan punya masalah sendiri, so do I. Aku x kawen dan juga punya masalah sendiri. Aku tak pernah nak paksa2 soh korang bercerai, dan koang plak jangan la nak paksa2 soh aku kawen, fair enuf, rite?

Juz buat haluan masing2!! Kalo koang bahagia dengan life korang, juz go ahead and mind your own business. Aku x pernah kacau life korang suami isteri pon, dah cukup bagus, kan? Hahaha. Mintak dijauhkan!!!!

Eh, maken melarat plak aku bebel. Walhal nak citer pasal anak kucing jek pon, kan? Hahahaha. Tipah!!! Tipah!!! Sabar jek la ye Tipah. Memang kekadang tu, ada kawan yang tamoh paham dan buat2 tak paham, suka saketkan hati kita, sindir cara halus pasal bab2 kawen nih. Tak kena batang idong sendiri, xpe la. Cer kena kat batang idong anak dewang lak satu ari nanti, baru ada akai, langit tinggi rendah, kan?

Dah, malas nak bebel lagi. Kang maken ramai plak yang saket ati dengan statement aku nih kang. Sejak dua menjak nih, memang laser jek jari-jemari aku. Pantang silap skek, memang aku 'hambur' jek.

Emosi masih tak stabil. Rasa yang dah lama terpendam. Nah, bila skali dihamburkan, amekawwww!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 orang dah bebel:

kutambak 23/10/11  

Aku ada x nak. Klu kau terima lamaran ku dulu-skrg ni dah anak kan!. Hahahaha - ymn

tipahvogue 23/10/11  

Sebila plak ko melamar aku hah? Huh!!

Galaxy 23/10/11  

nice cat....kalo xmo dh sangkar kucing jual murah kat aku ye?

Zarea106 23/10/11  

me also ex ppd same batch with u i guess..cuma kita tak pasan each other kot dulu....aku sama ngan ko jer sbb tu aku nak LIKE entry ko ni banyak kali...bila dah umur2 cam ni mmg sensitip ditanya soklan sensitip kan...sabar jer aku ni banyak. Biarlah Allah uruskan, yg dah bahagia kawen dan ada anak pun banyak2lah bersyukur kalau Allah nak uji sekejap je dia boleh tarik kerana semuanya adalah pinjaman jua.

Kak Lia 24/10/11  

jaga anak kucing lagi best...balik je umah...depa sambut..ilang stress....

mama ada 3 ekor yg sebaya ngn babies hang....3 ekor lagi baru celik mata....

tipahvogue 25/10/11  

Asrul, byk encem? Hahahaha

zarea, salam ukhuwah. Huhuhu. Senasib kita eh? Isk. Apa nak buat. Org pandai cakap jek, x kena batang idong sendiri, boleh la kan? Isk!!!

Mama, penternak kucing ka pon? Hahahaha

blog-tips-kurus 17/1/12  

sabar ye dear.
ai faham situasi yu ni. huhu!

*pasti ada hikmahnya, kan...!? :-)

About This Blog

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP