Sunday, March 4, 2012

Bila semua ini akan berakhir?

Mak,

Minta maaf!!

Itu je yang anak mak ni mampu ungkapkan.


Minta maaf sebab dah lama dan jarang telefon mak.


Mak nak tahu tak, tiap hari, tiap masa, hati ini mendesak untuk menghubungi mak. Nak dengar suara mak. Tapi akal ini menghalang. Sebab jiwa ini serba tak kena. Fikiran ini tengah tak tenteram.


Aemiey xnak mak tahu yang anak mak ni tengah bersedih, tengah berserabut, tengah stress. Aemiey xnak mak sedih dan susah hati.


Eh mak, sekarang ni Aemiey ada hobi baru taw!! Aemiey dah mula jinakkan diri pergi ke gym. Alasan untuk kurus tu, alasan lapuk. Sebenarnya, Aemiey cuba nak isi masa Aemiey yang terasa kosong dan sepi. Aemiey sengaja memenatkan diri, supaya bila balik rumah, Aemiey dah tak mengelamun sana sini, tak rasa kosong. Dapat tidur awal akibat kepenatan.


Aemiey rasa makin lama makin sensitif pulak rasa hati ni. Pantang ada yang mengusik hati, cepat je terasa dan terluka. Kenapa Aemiey jadi macam ni eh mak? Aemiey x suka keadaan macam ni. Mesti orang akan cakap Aemiey mengada2!


Entah la. Susah untuk Aemiey kawal rasa hati. Aemiey sendiri pon payah nak faham perasaan ini, macam mana pula orang lain pun nak faham, kan?


Mak, kekadang Aemiey rasa macam nak gila dibuatnya!! Nak jerit kuat2 agar hilang semua beban yang bersarang dikepala ni. Aemiey nak sangat mengadu kat mak apa yang Aemiey rasa. Tapi Aemiey tak berdaya. Aemiey tak mampu!!


Tapi mak jangan risau eh!! Anak mak ni seorang yang tabah!!


Baru-baru ni, ada seorang teman sepejabat yang nasihatkan Aemiey, dan juga berikan Aemiey Surah2 yang perlu Aemiey baca dan amalkan untuk tenangkan hati dan jiwa. Alhamdulillah, sedikit-sebanyak Aemiey rasa tenang.


Syukur ada teman yang sudi menasihati dan mengingatkan Aemiey. Sungguh Aemiey rasa terharu!!


Mak, Aemiey rindu mak!! Aemiey nak balik kampung, tapi keadaan ekonomi tak berapa nak mengizinkan la mak. Insya Allah, Aemiey akan balik jugak nanti, sebelum Aemiey mulakan trip ke negara orang x lama lagi ye. Aemiey nak jumpa mak dan abah!! Nak minta restu! Harap2 Allah izin dan mudahkan perancangan yang Aemiey rencanakan ini.


Mak jaga diri baik2 ye. Nanti bila2 Aemiey free, Aemiey coretkan lagi luahan hati Aemiey untuk mak ye. Entah bila la Aemiey dapat coretkan berita gembira buat mak, kan? Aemiey berdoa dan berharap sangat, agar akan ada berita gembira yang dapat Aemiey titipkan buat mak, suatu hari nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 orang dah bebel:

About This Blog

Follow by Email

Komen terkini

Get widget here

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP